Tag-Archive for ◊ mandi wap ◊

Author:
Thursday, January 07th, 2010


Kini dengan pilihan warna menarik GOLD dan MERAH

PROMOSI PERCUMA 4 LAYER INFRARED CORSET BERNILAI RM30

Hadiah percuma hanya untuk setiap pembelian Diva Steam Sauna. Stok hadiah percuma ini adalah terhad. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Setiap set terdiri daripada:

1. Sauna Tent

2. Steamer Pot ( Boleh laras suhu dan masa, remote disediakan)

Hadiah Percuma:

1. Kerusi Mudah Alih

2. Pengurut Kaki

3. Herba Sauna ( untuk 15 kali sauna )

4. Sample Slim Cream

Harga

RM480

Kos Pengangkutan

Semenanjung Malaysia – Percuma

Sabah Sarawak – RM60

Keterangan Produk

Set sauna ini diperbuat daripada kain bermutu tinggi. Tiga lapis kain dijahit untuk mengukuhkan set sauna. Bahagian luar set sauna diperbuat daripada kain satin, bahagian tengah fiber dan bahagian dalam set sauna pvc tahan panas dan kalis air.

Cara Pemasangan Diva Steam Sauna

Pasangkan sauna mengikut gambarajah di bawah. Manual pemasangan disertakan

.

 

  • Tutup periuk menggunakan penutup kaca yang disediakan. Kuncikan (lock) penutup kaca dengan mengangkat sedikit besi dan pusing
  • Sambungkan paip putih (PENDEK) pada penutup kaca dan satu hujung lagi pada penyambung dibahagian luar sauna tent (tempat bersauna).
  •  Sambungkan salah satu hujung paip putih (PANJANG) pada bekas hitam yang diberi dan satu hujung lagi pada penyambung yang terdapat dibahagian dalam sauna tent.
  •  Masukkan air pada tahap Medium atau separuh penuh. Kemudian masukkan 1 uncang herba sauna. ( 1 uncang boleh digunakan sehingga 3 kali sauna, selepas sauna keringkan herba)
  •  Bila on plug, lampu middle akan berkelip, tekan ON pada periuk/remote dan lampu LOW akan menyala.
  • Setkan suhu dgn menekan punat suhu hingga lampu LOW & MIDDLE menyala.
  • Setkan masa pada periuk selama 30 minit atau 40 minit kemudian tunggu sehingga wap panas memenuhi sauna tent (lebih kurang 3-5 minit).
  •  Masuk ke dalam sauna tent dengan berhati-hati. Jika semasa bersauna anda merasa terlalu panas, buka zip di bahagian depan anda untuk membolehkan wap panas keluar.
  •  Digalakkan untuk melapik bahagian bawah sauna dengan tuala/kain sebelum meletak kerusi untuk mengekalkan kebersihan sauna.
  •  Selesai bersauna, bersihkan periuk dengan menggunakan tuala bersih & buka zip untuk keringkan sauna.

 PERINGATAN – SILA BACA DAHULU SEBELUM BERSAUNA

  1. Jangan tekan masa  60 minit untuk mengelakkan periuk terlalu panas.
  2.  Biarkan periuk sejuk sehingga 30-40 minit sebelum orang seterusnya hendak bersauna.
  3.  Pastikan air ditambah sebelum memulakan sauna.
  4.  Kendalikan periuk dengan cermat (periuk bukan heavy duty)
  5.  Wanita mengandung dilarang melakukan sauna.
  6.  Pesakit yang menghidapi penyakit serius (jantung,darah tinggi) sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  7.  Sekiranya terasa pening ketika melakukan sauna, buka sedikit zip bahagian depan, kiri, kanan untuk mengurangkan rasa panas.
  8.  Amalkan bersauna 3-4 kali untuk menurunkan berat badan.
  9.  Buka zip dengan berhati-hati untuk mengelakkan zip rosak.
  10.  Kanak-kanak yang ingin bersauna hendaklah dibawah pengawasan ibu bapa.
  11.  Wanita selepas bersalin boleh memulakan sauna beberapa hari selepas bersalin ( sebaik sahaja luka sembuh).
  12.  Jaminan akan ditolak sekiranya:
  • Membaiki periuk/tabung sauna sendiri
  • Meletak bahan-bahan lain selain herba/minyak yang kami bekalkan.
  • Kecuaian pihak pelanggan.
Author:
Tuesday, November 24th, 2009

Tahukah anda bahawa mandi sauna sudah terkenal sejak dulu lagi terutama pada masyarakat Rom, Meditranian, Rusia dan India. Pada waktu itu manfaat mandi sauna hanya ditumpukan dari aspek kesihatan tubuh badan. Pada masa dahulu, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun atau toksik dari dalam tubuh. Namun sedikit demi sedikit ia mula terkenal. Sehingga kini, ia telah menjadi asas bagi orang ramai untuk melakukan mandi sauna.

Tentu anda perasan kebayakan orang akan bersauna selepas bersenam atau melakukan aktiviti sukan. Mandi sauna ini dapat mengendurkan otot tubuh yang tegang dan berkontraksi semasa bersenam atau setelah penat bekerja. Rasa pejal dan otot yang terasa kejang setelah bekerja atau stress disebabkan oleh racun atau toksin yang terdapat pada jaringan otot. Dengan melakukan sauna, racun atau toksik dalam tubuh ini akan dapat dibuang. Selain dapat melancarkan perjalanan darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga membuatkan tubuh terasa lebih relaks dan segar.pic_001

Peluh yang dihasikan ketika mandi wap atau sauna ini turut memberikan kebaikan tersendiri. Ia merupakan hasil dari pembakaran lemak tubuh akibat dari kadar metabolisme tubuh yang meningkat semasa kita mandi sauna.

Bahkan, beberapa kajian mengesahkan bahawa sauna ini dapat membantu membakar sehingga 300-400 kalori setelah 20-30 minit melakukan mandi sauna. Tidak hairanlah sauna juga menjadi salah satu rawatan melangsingkan badan.

Wap panas yang terhasil dari sauna ini juga berfungsi untuk membuka pori-pori kulit sehingga membantu mengeluarkan toksin atau racun dari dalam tubuh. Kesannya, kulit akan terasa lebih bersih, bertenaga, segar dan sihat.

Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda perlu membiasakan diri untuk minum air mineral sebelum dan selepas bersauna. Kemudian duduk atau berbaring sekurang-kurangnya selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara total.

Perlu diketahui mandi sauna tidak boleh dilakukan pada wanita yang sedang hamil atau yang mengamai masalah kesihatan yang serius. Sekiranya ketika melakukan sauna anda terasa pening atau sukar bernafas, segera keluar dari sauna tersebut.

Author:
Friday, September 04th, 2009

Sebagaimana yang diketahui umum bersauna atau mandi wap merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan kalori dan berat badan tanpa perlu bersenam atau berdiet.

Tetapi kos bersauna atau mandi wap di salon-salon penjagaan kesihatan bukanlah murah. Apatah lagi kalau anda mahu melakukannya setiap hari. Pilihan terbaik adalah anda membeli dan menggunakannya di rumah.

Antara manfaat-manfaat bersauna yang lain selain menurunkan berat badan adalah:-

  • mengurangkan keletihan dan menikmati tidur yang nyenyak
  • membaiki peredaran darah dan metabolisma

  • membantu meningkatkan sistem imunisasi

  • meredakan kesakitan akibat arthritis dan keletihan

  • menyegarkan badan, menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga

  • membantu menyihatkan kulit

  • membantu merehatkan otot-otot

  • membuang toksid di dalam badan

  • menyihatkan aspek kadiovaskular

  • meredakan demam dan selsema

  • baik untuk menggantikan tangas untuk wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk tubuh dan menanbah susu badan.

  • baik untuk menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Author:
Friday, September 04th, 2009

Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?

Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Blog Widget by LinkWithin