Warning: include(/home3/mejuke/public_html/setsauna.com/tips/wp-content/themes/healthystyle/template.php): failed to open stream: No such file or directory in /home3/mejuke/public_html/setsauna.com/tips/wp-content/themes/healthystyle/functions.php on line 36

Warning: include(): Failed opening '/home3/mejuke/public_html/setsauna.com/tips/wp-content/themes/healthystyle/template.php' for inclusion (include_path='.:/opt/php54/lib/php') in /home3/mejuke/public_html/setsauna.com/tips/wp-content/themes/healthystyle/functions.php on line 36
khasiat sauna | Set Sauna & Produk Kecantikan dan Kesihatan

Tag-Archive for ◊ khasiat sauna ◊

Author:
Tuesday, November 24th, 2009

Tahukah anda bahawa mandi sauna sudah terkenal sejak dulu lagi terutama pada masyarakat Rom, Meditranian, Rusia dan India. Pada waktu itu manfaat mandi sauna hanya ditumpukan dari aspek kesihatan tubuh badan. Pada masa dahulu, sauna digunakan untuk membantu mengeluarkan racun atau toksik dari dalam tubuh. Namun sedikit demi sedikit ia mula terkenal. Sehingga kini, ia telah menjadi asas bagi orang ramai untuk melakukan mandi sauna.

Tentu anda perasan kebayakan orang akan bersauna selepas bersenam atau melakukan aktiviti sukan. Mandi sauna ini dapat mengendurkan otot tubuh yang tegang dan berkontraksi semasa bersenam atau setelah penat bekerja. Rasa pejal dan otot yang terasa kejang setelah bekerja atau stress disebabkan oleh racun atau toksin yang terdapat pada jaringan otot. Dengan melakukan sauna, racun atau toksik dalam tubuh ini akan dapat dibuang. Selain dapat melancarkan perjalanan darah dan memperbaiki jaringan otot sehingga membuatkan tubuh terasa lebih relaks dan segar.pic_001

Peluh yang dihasikan ketika mandi wap atau sauna ini turut memberikan kebaikan tersendiri. Ia merupakan hasil dari pembakaran lemak tubuh akibat dari kadar metabolisme tubuh yang meningkat semasa kita mandi sauna.

Bahkan, beberapa kajian mengesahkan bahawa sauna ini dapat membantu membakar sehingga 300-400 kalori setelah 20-30 minit melakukan mandi sauna. Tidak hairanlah sauna juga menjadi salah satu rawatan melangsingkan badan.

Wap panas yang terhasil dari sauna ini juga berfungsi untuk membuka pori-pori kulit sehingga membantu mengeluarkan toksin atau racun dari dalam tubuh. Kesannya, kulit akan terasa lebih bersih, bertenaga, segar dan sihat.

Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, anda perlu membiasakan diri untuk minum air mineral sebelum dan selepas bersauna. Kemudian duduk atau berbaring sekurang-kurangnya selama 10 minit untuk memperoleh manfaat sauna secara total.

Perlu diketahui mandi sauna tidak boleh dilakukan pada wanita yang sedang hamil atau yang mengamai masalah kesihatan yang serius. Sekiranya ketika melakukan sauna anda terasa pening atau sukar bernafas, segera keluar dari sauna tersebut.

Author:
Friday, September 04th, 2009

Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?

Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Blog Widget by LinkWithin