Tag-Archive for ◊ kebaikan sauna ◊

Author:
Saturday, December 15th, 2012

Sauna dan terapi panas (mandi wap) merupakan antara cara detoksifikasi yang paling mudah. Semasa sauna, perpeluhan melalui liang roma dapat menyingkirkan toksin dan sisa buangan dari badan. Selain dari menyingkirkan toksin di dalam badan, terapi ini juga dapat merelakskan otot badan yang tegang.

Kulit kita dikenali sebagai buah pinggang yang ketiga dalam badan kita kerana peluh kita mengandungi unsur yang sama dengan air kencing. Kulit merupakan organ detoksifikasi yang terbesar kerana 30% sisa buangan badan disingkirkan dari badan melalui air peluh. Sauna dapat menggalakkan perpeluhan untuk menyingkirkan kokaina, nikotina, racun serangga dan lain-lain. Sauna selepas senaman dapat menyingkirkan lebih banyak toksin dari badan.

Proses detoksifikasi menjadi lebih berkesan jika anda melakukan sauna atau mandi panas semasa melaksanakan program detoks . Namun, anda tidak digalakkan melakukan sauna lebih daripada 30 minit. Selepas sauna, anda perlu mandi untuk membersihkan diri dan rehat secukupnya serta minum air yang cukup.

Author:
Tuesday, June 22nd, 2010

Bukan berdasarkan testimoni tetapi dari pengkaji-pengkaji sains FIR.

Kebaikan yang dikenal pasti

1. Fungsi terbesar membantu menyahtoksin dari badan melalui peluh.
Komposisi peluh biasa= 97 peratus air dan hanya 3 peratus air
Komposisi peluh dengan FIR = 80 peratus air dan 20 peratus toksin
Toksin yang dikenal pasti adalah = logam berat seperti Cadmium, plumbum, copper, racun perosak, Raksa ( Tinggi umtuk pemakan2 hasil lautan ) dan uric acid.
Dalam dunia sains Kulit adalah buah pinggan ke 3.

2. Membantu melancarkan Aliran Darah.
Sinaran FIR akan menembusi sehingga 4cm kedalam tubuh memanskan tisu dan menyebabkan tindakbalas physiologi pertambahan aliran darah ke saluran darah yang terbuka dan secara tidak langsung melancarkan darah ke ektremiti ( hujung kaki dan tangan ). Meningkatnya pegaliran darah boleh membantu mengatasi masalah radang seperti radang sendi, mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Membantu mengurangkan berat badan.
Setiap 30 minute didalam FIR sauna akan membakar sehingga 600 kalori= beralri sejauh 8 km.
Lemak akan menjadi larut pada suhu peripheri dan dinyah dari badan melalui kulit. Pengunaan FIR sauna yang berterusan + diet yang baik+ motivasi yang tinggi dan mungkin bantuan program diet seperti JUSMATE 5 akan membantu anda mengurangkan berat badan anda dengan kadar yang sihat.

4. Membantu Sistem KardioVascular
Tindakbalas badan ke atas FIR sauna adalah sama secara physiology seperti tindakbalas kepada aktiviti senaman. Peningkatan degupan jantung, pengaliran darah yang lebih baik terutamanya ke ekstremiti, kulit dan organ dalaman. Tetapi diingatkan bahawa SAUNA tidak boleh menganti kebaikan melakukan aktiviti senaman berkala anda.

5. Dapatkan KULIT yang sihat.
Semasa berpeluh liang roma akan terbuka dan seterusnya membuan kekotoran, minyak dan kulit mati. Ini akan secara langsung membantu kulit mengurangkan parut dan jerawat. Dalam perubatan moden FIR digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema dan psoariasis.

6. Mengurangkan masalah selulit.
Sinaran FIR mampu menembusi sehingga 4 sm ke bawah kulit dan boleh memcahkan lemak selulit dan seterus lemak ini akan dinyahkan bersama-sama peluh.

7.Mengurangkan tekanan dan CFS.
Kajian dari Barat menunjukkan kesan positive therapy FIR SAUNA untuk mengurangkan masalah tekanan perasaaan dan CFS ( Chronic Fatigue Syndrome )= syndrom keletihan tanpa diketahui sebab sebenarnya.

sauna fir

Author:
Thursday, November 19th, 2009

Sejak dahulu jika bersauna, ia sering dikaitkan dengan kecantikan kulit. Namun sebenarnya kebaikan sauna bukan setakat itu saja, malah ianya lebih lagi. Ia mempunyai manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh badan anda.

Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan dari aktiviti mandi peluh yang anda lakukan.

  • Keluarkan Toksin Dari Tubuh

Peluh yang keluar masa didalam sauna bukannya sia-sia. Seperti yang diketahui pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah yang akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.

  • Sembuhkan masalah kulit

Panas ruang sauna yang biasa antara 60 darjah celsius hingga 105 darjah celsius akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu masalah kulit seperti jerawat juga akan dirawat. Sebabnya wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekali gus mempercepatkan proses penyembuhannya.

  • Meningkatkan Metabolisme

Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50 hingga 75 peratus dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna membantu meningkat hingga 20 peratus. Keadaaan ini menyebabkan tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudian.Apabila pembakaran kalori berlaku lebih banyak, maka penurunan berat badan juga berlaku dengan pantas dengan bersauna.

  • Membunuh Bakteria Dan Virus

Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya melepaskan toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses memperbaiki sel-sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanafaat untuk membunuh sel-sel bakteria serta virus dalam tubuh dan meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekali gus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

  • Kurangkan Stres

Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stres. Biasanya setelah selesai melakukan sauna, fikiran akan merasa tenang. Stres dan juga kerisauan juga boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuat fikiran lebih damai.

Author:
Friday, September 04th, 2009

Sebagaimana yang diketahui umum bersauna atau mandi wap merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mengurangkan kalori dan berat badan tanpa perlu bersenam atau berdiet.

Tetapi kos bersauna atau mandi wap di salon-salon penjagaan kesihatan bukanlah murah. Apatah lagi kalau anda mahu melakukannya setiap hari. Pilihan terbaik adalah anda membeli dan menggunakannya di rumah.

Antara manfaat-manfaat bersauna yang lain selain menurunkan berat badan adalah:-

  • mengurangkan keletihan dan menikmati tidur yang nyenyak
  • membaiki peredaran darah dan metabolisma

  • membantu meningkatkan sistem imunisasi

  • meredakan kesakitan akibat arthritis dan keletihan

  • menyegarkan badan, menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga

  • membantu menyihatkan kulit

  • membantu merehatkan otot-otot

  • membuang toksid di dalam badan

  • menyihatkan aspek kadiovaskular

  • meredakan demam dan selsema

  • baik untuk menggantikan tangas untuk wanita selepas bersalin untuk mengembalikan bentuk tubuh dan menanbah susu badan.

  • baik untuk menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Author:
Friday, September 04th, 2009

Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?

Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.

Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.

Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.

Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.

Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke system perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).

Khasiat – kasiat lain adalah

1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan system imunisasi badan .

2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.

3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.

4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.

Blog Widget by LinkWithin