Author: Izalin
Monday, May 24th, 2010

Merujuk kepada perkara di atas dan persoalan berbangkit.

WorldWellness Network sentiasa memastikan bahawa produk keluaran WorldWellness melalui pemeriksaan dan mendapat kelulusan yang sepatutnya dari badan-badan berkaitan.

Bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, proses bermula dengan pendaftaran produk berserta kandungan (termasuk kuantiti yang digunakan) dalam bentuk borang untuk penilaian pihak KKM. Menerusi senarai kandungan, komposisi dan kuantiti, penganalisa KKM akan mengkategorikan produk tersebut sama ada sebagai makanan, atau kategori-kategori lain (contoh: ubat, ramuan tradisional).

Penilaian dilakukan bukan sahaja berdasarkan formula dan isi kandungan tetapi juga kuantiti dan peratusan yang digunakan. Sebagai contoh, walaupun RxLite mengandungi L-Carnitine, tetapi kuantitinya belum mencukupi untuk RxLite dikategorikan sebagai ubat. Setelah dua minggu, pihak KKM akan mengeluarkan surat menyatakan kategori produk tersebut.

Bagi RxLite, KKM telah memaklumkan bahawa berdasarkan kandungan dan peratusan kandungan, RxLite dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu melalui langkah seterusnya yakni pendaftaran untuk kelulusan dan sebagainya.

Diharap agar penjelasan ini dapat menjawab persoalan anda dan tiada lagi persoalan berbangkit mengenai isu ini.

Sekian, terima kasih.

Najmie Noordin
Pengarah Eksekutif
WorldWellness Network Sdn. Bhd.

Blog Widget by LinkWithin
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
2 Responses
  1. norhayati says:

    Salam..

    kalo menyusukan bayi bole ke minum produk ini?? Apa kah fungsi dia yang sebenarnya?? berapa cpt kesan utk seseorg tu??

  2. Izalin says:

    Salam..Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.

    RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine – dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>