Kegemukan memang merupakan satu gejala yang banyak membawa masalah kesihatan yang sudah pun kita maklum. Namun yang mustahak bukan setakat lemak yang nampak dik mata kasar seperti BUNCIT , BOROI , gemuk macam “Apple” untuk lelaki gemuk macam “PEAR” untuk wanita “gemuk gila” dalam lain-lain. Ini semua boleh kita selesaikan, walaupun dengan apa cara pun. Yang benar-benar kita ingin hilang atau kurang ialah lemak yang terselindung atau tersembunyi.

Setengah orang yang tidak gemuk pun(yang gemuk memang dah ada problem) masih perlu berjaga-jaga tentang lemak yang tak nampak. Ada lebih kurang 40 billion sel lemak dalam badan kita. Setiap sel lemak ada titisan lemak semacam air dalam ballon.

Tak semua lemak itu jahat. Bahkan ada hormon daripada sel lemak bernama LEPTIN yang boleh mengawal selera dan pengeluaran tenaga. Jadi dalam keadaan normal kita akan diberitahu yang badan kita dah cukup makan atau tidak. Malangnya bukan disebabkan genetik sebenarnya kecuali segelintir yang menyebabkan kita jadi obes.

Rata-rata saya dapati 50% daripada kita yangboleh di nobatkan sebagai obes adalah di sebabkan gaya hidup moden yang lebih gemar kepada kemudahan dan kesenangan (remote control , makanan cepat + tinggi kalori) serta tidak ada masa untuk beriadah atau “bergerak”. Tak payah nak bagi alasan, mengaku sahaja. Sedar tak sedar, suka tak suka, lemak yang terperap akan lambat laun mengganggu serta merosakkan bahagian yang terdekat dengan simpanannya seperti Saluran Darah, Jantung, Hati, Otak, Sendi dan lain-lain.Lagipun ia juga akan menghantar “protein bahaya” yang menyebabkan inflamasi. Ini terus memberi laluan kepada penyakit-penyakit kronik seperti, jantung, diabetes, darah tinggi dan angin ahmal.

Menurut sains, orang yang obes lebih pendek jangka hayatnya antara 10-15 tahun berbanding sekiranya kita normal. Ramai orang dah sedar pemakanan berlemak sahaja bukan penyebab obsiti tetapi di ASIA yang paling besar masalahnya ialah KARBOHIDRAT seperti nasi, roti, mee, kuey teow,donuts, kentang goreng dan lain-lain. Yang sedap-sedap tu …..!!

Seperti Api dalam sekam bahayanya datang secara beransur-ansur :

  1. Gangguan metabolisma (syndrome x) akan bertapak sehinggakan litakeliru kenapa badan kita tak mahu “ikut kata” lagi walaupun tak makan banyak tapi masih tak kurus-kurus!
  2. Banyak lemak-lemak yang terapung dalam edaran darah menyebabkan kita toxik tanpa perbezaan kesihatan yang serious. Organ-organ seperti Hati, Pankreas dan Jantung sudah banyak berkorban sehingga tidak boleh bertahan lagi.
  3. “Protein Bahaya” daripada rembesan banyak lemak merosak pembuluh darah menyebabkan penyakit yang lebih serious,seperti kencing manis, darah tinggi dan strok.
  4. Gangguan tidur (Apnoea), Berdengkur, gangguan penafasan dan kadang-kadang boleh membawa maut ketika tidur.
  5. Senang jadi mengantuk + malas, senang dapat penyakit NYANYUK, perut besar,otak kecil, tak boleh kawal diri. Dasyat!

Jawapan untuk semua ini cuma satu DISIPLIN sama ada melalui diet atau exersize atau dua-duanya sekali lebih baik. RxLite adalah sebagai pembantu atau rakan yang di perlukan untuk anda lebih cepat membuat keputusan berkesan untuk memberi motivasi kepada mereka yang inginkan untuk peubahan.

Lain saya akan fokus kepada kenapa sebenarnya anda harus “SLIM”. Buakan kerana terampilan fizikal sahaja bahkan lebih dari itu sehingga anda berasa berdosa kalau tak jaga badan.

-Dato’ Dr. Noordin Darus-

Blog Widget by LinkWithin
Show Buttons
Hide Buttons