Apa kaitan antara langsing, senaman dan kalori?

Ketiga-tiganya saling berkait. Senaman adalah satu kemestian untuk melangsingkan badan. Dengan bersenam, badan anda dapat membakar lemak lebih cepat dan berkesan. Senaman akan meningkatkan kadar metabolisma atau kadar pembakaran kalori dalam badan.

Bagaimana peningkatan kadar metabolisma boleh melangsingkan badan?

Apa saja yang kita makan atau minum akan dikira sebagai penambahan kalori, tenaga atau lemak kedalam badan kita. Katakanlah dalam tempoh 24 jam, jumlah makanan yang anda ambil di tolak dengan segala tenaga yang anda guna juga dalam tempoh yang sama. Jika jumlah kalori yang anda makan untuk tempoh tersebut 2000 kalori dan pembakaran kalori hanya 1800 kalori sahaja. Maknanya anda telah terlebih makan 200 kalori (untuk sehari). Jika seminggu ertinya anda telah menambah 1400 kalori. Untuk pengetahuan anda 1 kilo bersamaan dengan 7000 kalori.

Sebaliknya jika anda kurang makan dan menambahkan aktiviti mungkin kiraannya jadi begini. Pengambilan makanan dan minuman sehari 1500 kalori. Penggunaan tenaga mungkin 2000 kalori. Ertinya anda telah terlebih menggunakan tenaga sebanyak 500 kalori sehari dan ia diperolehi dari lemak-lemak yang berlebihan dalam badan. Jika sehari 500 kalori, seminggu 3500 kalori dan ia bersamaan dengan 0.5kg. Oleh itu, sebulan berat yang turun ialah 2 kg.

Blog Widget by LinkWithin
Show Buttons
Hide Buttons