Archive for the Category ◊ >> TIPS LANGSING ◊

Author:
Tuesday, May 01st, 2012

Bila kita sebut nak langsingkan badan, perkara penting yang harus kita titik beratkan adalah pemakanan selain senaman. Diet yang sesuai boleh membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan. Ok, untuk kali ni saya nak kongsi antara 20 makanan yang boleh kita jadikan sahabat ketika proses melangsingkan badan.

Makanan untuk sarapan

Keju -Tahukah anda, keju amat baik dalam membantu anda berdiet kerana ia mengandungi sejenis protein iaitu whey protein yang bertindak untuk merembeskan hormon yang menjadi petunjuk kepada otak. Petunjuk yang simaksudkan adalah, KENYANG. Sebab itulah bila anda makan keju anda akan mudah MUAK…:)

Putih Telur - Asid amino dalam putih telur membina otot tubuh. Apabila proses ini berlaku, metabolisme anda juga akan meningkat.

Oat - Oat sangat bagus kerana ia tidak mengandungi sebarang gula tambahan di dalamnya. Mengamalkan oat juga boleh membantu melancarkan perjalanan darah.

Makanan untuk tengahari

Sayur & kacang - Ikan bakar dan sayur campur adalah menu terbaik untuk makan tengahari. Setengah cawan sayur atau kacang mengandungi 150 kcal kalori dan kaya dengan protien, serat dan anti oksidan.

Sushi - Anda penggemar sushi? Berita baik untuk anda, kerana sushi hanya mengandungi 30-40 kcal kalori sahaja. Tapi elakkan yang digorang atau yang diletak mayonis.

Yogurt bebas lemak - 1 sudu yogurt asli mengandungi 10 kcal kalori. Tambahkan yogurt ke dalam salad anda.

Limau nipis atau Lemon - Kedua-dua buah sitrus ini membantu badan anda membuang lemak yang ada dalam badan anda. Haruman sitrus ini akan membuat anda lebih segar untuk menikmati makanan diet anda. Tambahkan sedikit limau nipis atau lemon ke dalam dressing untuk salad anda.

Makanan untuk petang

Lobak Merah - Lobak merah kaya dengan serat dan rendah kalori. Kunyahlah lobak merah untuk menggantikan keropok pada waktu anda inginkan makanan petang. Mengamalkan lobak merah juga membantu sistem penghadaman anda.

Kerepek soya - Kerepek soya dijadikan dari biji soya yang telah dikeringkan dan dibakar. 1.3 auns kerepek soya mengandungi 140kcal kalori. Dalam satu hidangan kerepek soya, anda akan mendapat 9g protein.

Buah kering - Kaya dengan serat dan tidak mengandungi lemak tepu. Jadi ia baik untuk di amalkan. Tapi kalorinya agak tinggi, maka anda harus menghadkan pengambilannya setakat 1/4 cawan sahaja.

 Makanan untuk malam

Udang - Makan 3 auns udang bermakna anda mengambil 84 kcal kalori. Ia bersamaan dengan 2/3 kalori yang ada dalam daging ayam. Rebus udang dan campurkan dengan minyak zaiton, kacang pis, garam, dan lada sulah..pasti sedap!

Piza - Piza??Ya, piza yang dimasak sendiri. Banyakkan sayur sebagai topping dan taburkan keju secara terkawal. Sedap dan menyihatkan.

Tauhu - 3 auns tauhu bersamaan 50 kcal kalori. Jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam sup anda. Selain itu anda boleh membakarnya dan jadikan tauhu sumbat. Masukkan inti sayuran ke dalam tauhu anda dan makan bersama sos yang anda buat sendiri. Jimat dan menyihatkan!

Ayam panggang - Daging ayam termasuk ke dalam kategori daging putih. Anda boleh memanggangnya tanpa kulit atau memerap ayam anda dengan lada hitam atau herba. Elakkan sos barbeku dan lain-lain. Tindakan ini menghalang sebanyak 240 kcal dari memasuki badan anda..

Ubi kentang - Sebiji ubi kentang mengandungi kira-kira 115 kcal kalori. Nikmati ubi kentang yang dibakar atau dipanggang. Elakkan ubi kentang yang digorang.

Sos salsa - Sos salsa mengandungi tomato segar, cili, dan ia ditumis menggunakan minyak zaiton. Dua sudu sos salsa mengandungi 50 kcal kalori dan 5 g lemak lebih rendah berbanding sos krim biasa.

 

Author:
Tuesday, May 01st, 2012

Anda boleh rampingkan perut bahagian abdomen dengan hanya menguyah snek tinggi serat. Diet tinggi serat bertindak umpama span yang menyerap kesemua cecair di dalam perut dan mengangkutnya ke dalam usus untuk mengurangkan perut buncit.

Untuk kelihatan ramping, nikmati sebiji epal, segenggam aprikot kering atau biskut kraker yang disapu mentega kacang sekurang-kurangya 2 jam sebelum menyarung baju renang atau gaun malam mengikut bentuk badan kesukaan anda.

Author:
Tuesday, May 01st, 2012

Banyak petua untuk menguruskan badan. Anda boleh pilih yang mana berkenan dan boleh cuba…

1. Pokok Dukung Anak – Ambil pokok dukung anak, temulawak dan gula melaka dan rebuskan bersama. Amalkan ia sebagai minuman harian.

2. Delima Putih – Ambil 2 biji buah delima putih bersama sedikit garam. Bersihkan buah tersebut dan tumbuk sehingga halus. Campurkan tiga sudu makan air masak dan sedikit garam, tapis dan minum 3 kali sehari.

3. Hempedu Bumi – Ambil sedikit daun hempedu bumu, daun lagundi dan gula melaka. Gaul kesemua bahan tersebut dan sapukan ke seluruh bahagian tubuh yang berlemak.

4. Lengkuas – Ambil lengkuas dan 1 sudu makan madu asli. Tumbuk lengkuas sehingga lumat. Tapiskan dan campurkan dengan madu asli lalu diminum. Amalkan cara ini sehingga terdapat perubahan.

5. Buah Pinang – Hiris buah pinang nipis-nipis dan jemur sehingga kering. Apabila telah kering, tumbuk hirisan pinang tersebut hingga menjadi serbuk. Ambil ½ sudu teh serbuk buah pinang tersebut dan masukkan ke dalam secawan air panas untuk diminum 2 kali sehari.

6. Limau Nipis – Buat minuman teh seperti biasa tanpa membubuh gula, sebaliknya tukarkan dengan limau nipis. Minum setiap hari.

 

Author:
Wednesday, April 04th, 2012

Adakah anda penggemar yogurt? Jika ya, ada berita baik untuk anda. Yougurt mampu membantu anda mencapai impian badan langsing anda. Jika anda sedang menjalani program diet, bolehlah menambah yogurt sebagai makanan rendah kalori.

Yogurt boleh membantu menghilangkan lemak pada bahagian perut seterusnya boleh menurunkan berat badan. Selain itu, yogurt juga dapat membantu menjaga berat otot dua kali ganda lebih efektif. Produk tenusu yang mengandungi kalsium yang dapat melambatkan proses terbentuknya lemak dalam tubuh.

Author:
Monday, April 02nd, 2012

Haa…seronok bila tengok tajuk ni kan..Tidur pun boleh kurus?

Ya betul..tidur yang cukup boleh menyumbang kalau nak kuruskan badan. Berdasarkan satu kajian yang pernah dijalan di Amerika Syarikat, didapati individu yang mengalami masalah kegemukan berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur.

Menurut kajian dan pendapat oleh seorang ahli fizik dari University Northwestern, Fred Turek, diet dan senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.

Oleh itu mulai sekarang, cubalah dapatkan tidur yang cukup. Tapi ingat jangan berlebihan pula. Jika kita tidur dengan cukup dan berkualiti, beserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil anada boleh menurunkan berat badan lebih cepat dari sebelum ini. Jadi. ubahlah tabiat tidur anda, dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti untuk mencapai target anda.

 

Author:
Wednesday, October 19th, 2011

Petua Hilangkan Selulit

1. Amalkan makan makanan seimbang dan kurangkan lemak serta karbohidrat. Minum air secukupnya.

2. Untuk mengurangkan takungan air dalam tubuh, anda boleh mencuba sejenis teh duratik yang boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

3. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak. Kurangkan pengambilan makanan seperti biskut, coklat dan ais krim.

4. Bersukan dan bersenam membantu merangsangkan peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan. Secara tidak langsung membakar lemak.

5. Sauna dan mandi wap juga boleh merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak. Lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.

6. Urutan dapat merangsang peredaran darah dan secara tidak langsung membantu menghindari lemak yang berkumpul.

7. Hindari tekanan kerana boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh.

8. Jika anda penggemar minuman berkafein, elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi atau teh pada setiap hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar.

9. Kurangkan pengambilan garam. Gantikan dengan buah dan sayuran segar, kacang buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan.

10. Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagiantubuh. Pastikan anda mengamalkan cara pernafasan yang betul.

Author:
Wednesday, November 03rd, 2010

Berikut merupakan 10 cara funtuk meningkatkan kadar metabolisma, disusun bermula dari yang paling bagus untuk diamalkan, hinggalah kepada yang paling tidak sihat untuk diamalkan. Buat mereka yang kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan metabolisma, sila rujuk pada entri yang berkaitan sebelum ini, ok?

1 - Makan dengan lebih kerap (hidangan yang kecil)
Tempoh di antara dua waktu makan yang terlalu ‘panjang’ akan memaksa badan kita bertukar kepada ‘starvation mode’ (berlapar). Badan akan menyimpan lebih tenaga untuk mengatasi ‘starvation mode’ ini, dan proses ini secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma. Oleh yang demikian, tukarlah tabiat makan 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) kepada makan 5-6 kali sehari, dan agihkan kuota kalori itu sebaik-baiknya.

2 - Cari makanan yang mengandungi Vitamin B1, B2 dan Taurine
Vitamin B1 dan B2 membantu dalam menyempurnakan lagi proses pembebasan tenaga oleh sel-sel badan, manakala Taurine pula merupakan sulfur amino acid yang mampu meningkatkan fungsi mata (penglihatan) dan jantung. Jantung? Dipendekkan cerita, 2 elemen ini mampu melancarkan lagi fungsi yang berkaitan dengan pembebasan tenaga, bermaksud meningkatkan lagi kadar metabolisma. Dewasa ini, Taurine boleh didapati dengan mudah di dalam minuman-minuman tenaga seperti Livita, manakala Vitamin B pula terdapat di dalam produk tenusu (seperti susu) dan telur kuning.

3 - Senaman Aerobic (Kardio)
Rahsia disebalik tip ini ialah, kita hendak biasakan jantung kita supaya sentiasa ‘berfungsi’ pada kadar terbaik, yakni mengepam darah keseluruh badan secara lancar. Lakukan senaman kardio 2-3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Rujuk entri ini untuk mempelajari apa itu kardio.

4 - Senaman pemberat (weight training) bina lebih banyak otot
Otot menggunakan lebih kalori (lebih 73kcal per KG) berbanding sel-sel lemak. Oleh yang demikian, lebih banyak otot yang dibina, lebih tinggiResting Metabolic Rate atau RMR (RMR ni konsep dia lebih kurang sama dengan BMR, tapi menggunakan prinsip dan formula yang berbeza). Dipendekkan cerita, mereka yang mempunyai berat 80kg, berotot atau peratusan body fat kurang dari 15%, rata-rata mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding mereka yang juga mempunyai berat 80kg, tetapi hanya berbadan biasa (body fat % lebih 20).

5 - Rempah ratus
Terdapat kajian yang menunjukkan rempah ratus seperti cili, lada, serbuk kunyit, kari, dan jintan mampu meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Mungkin ada rasionalnya juga kenyataan ini. Kita pernah melihat pak arab makan sedulang beriani kambing, dengan banyak, tetapi tak ramai yang obesiti dengan mengamalkan diet sebegini. Salah satu faktor mungkin disebabkan cuaca, atau mungkin juga oleh gaya hidup mereka sendiri. Tetapi mungkinkah juga disebabkan kehadiran berbagai-bagai jenis rempas ratus di dalam masakan mereka?

6 - Minum air sejuk (ais kosong)

Tip ni aku cedok bulat-bulat dari internet. Kononnya, badan akan menggunakan lebih kalori untuk menyesuaikan (menyuamkan) air sejuk yang diminum kepada suhu badan. Betul atau tidak, aku sendiri tak pasti, cuma aku senaraikan sahaja disini. Tidak salah untuk mencuba bukan? Walaubagaimanapun, pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari kerana lebih 90% proses tindakbalas biokimia dalam badan berlaku dengan kehadiran air.

7 - Teh Hijau
Tip ini juga aku ceduk dari internet, sekadar untuk mencukupkan tip-tip lain yang sedia ada dalam pengetahuan aku. Namun kenyataan dari seorang ahli akedemik ini amat menarik perhatian aku; “Teh hijau mampu untuk meningkatkan ‘sedikit’ kadar metabolisma si peminumnya, namun tiada kajian yang menunjukkan Teh Hijau mampu dalam membantu mereka untuk menurunkan berat badan”

8 - Makanan yang mempunyai kesan thermic (thermic effect)
Ini sama seperti yang aku ceritakan semalam, dan konsep ini adalah antara sebab utama mengapa Atkins diet berjaya dalam menurunkan berat badan si pengamalnya.

9 - Kopi (coffee)
Seperti yang kita sedia maklum, kopi mengandungi kaffein (caffein), antara kompound yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dengan kadar yangsignificant. Selain kopi, caffein juga terdapat dalam minuman-minuman penguat tenaga yang terdapat di pasaran. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kopi ini diletakkan pada tangga yang kesembilan? Ini kerana Caffein juga merupakan agen yang membantutkan perkembangan dan kekuatan tulang.

10 - Nicotine (dalam Rokok)
Sama seperti caffein, nicotine juga mampu meningkatkan kadar metabolisma si penghisap rokok. Aku letakkan nicotine dalam kedudukan yang terakhir sekali, yakni pilihan yang paling patut dielakkan, kerana terbukti nicotine (rokok) itu mempunyai lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.

Sumber : http://www.sususejat.com

Author:
Wednesday, October 20th, 2010

Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.

Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.

Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

Author:
Saturday, October 16th, 2010

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)

Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)

Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

Sumber : Harian Metro

F3BBB781-719F-F73A-95CD-88B3C1BC97531.03.01

Author:
Tuesday, October 12th, 2010

Mengikut kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah. Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisma saja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.

Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan. Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.

Faktor Mempengaruhi Keperluan Kalori Anda

  • Saiz tubuh dan komposisinya

Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

  • Usia

Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

  • Jantina

Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Disebabkan itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Tip Kurangkan Kalori

  • Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.
  • Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.
  • Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.
  • Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada kesihatan.
  • Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini

Sumber: Lydia

Blog Widget by LinkWithin