Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas berbeza dari yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak kurangkan berat badan, tetapi semakin meningkat! Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain.
Pastikan pengambilan kalori harian anda sekarang (sebelum berdiet), kemudian lakukan penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat. Sebagai contoh, sekiranya badan anda telah biasa mengambil 2500 kcal sehari, kurangkan 500 kcal untuk minggu pertama. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda (seperti kopi)!!!
Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari. Jika boleh, RxLite ini mengganti hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite!













