Apakah Fir atau Infrared?
Cahaya matahari merupakan sumber tenaga bagi semua kehidupan di bumi.Untuk pengetahuan anda 80% cahaya matahari merupakan sinar infra merah. Panjang gelombangnya 4 – 1000 mikrometer. Sinar infra merah menghasilkan panas, dan panas tersebut dapat diserap dan di manfaatkan kembali.
1. Membantu Melancarkan Aliran Darah
2. Detoksifikasi
3. Meningkatkan Fungsi Ketenangan.
4. Anti Penuaan
5. Meredakan Sakit Sendi Yang Menyebabkan Rasa Sakit
6. Baik Untuk Ibu Selepas Melahirkan Anak
7. Memperbaiki Masalah Kulit Berjerawat
8. Sukar Untuk Pengeluaran Peluh
9. Tekanan Punca Wajah Tidak Berseri
Tekanan sangat sinonim dengan semua orang, terutama bagi mereka yang bekerja. Mahu atau tidak kita tidak boleh lari daripada masalah tekanan ini. Walaupun kadang-kadang kita mampu untuk melawan tekanan yang dihadapi, tetapi tubuh akan menerima kesan yang buruk selepas itu. Contohnya akan memberi kesan yang tidak baik pada bahagian dalaman tubuh seperti otak, jantung dan juga proses perkumuhan. Faktor inilah yang memerlukan kita untuk memilih rawatan bersauna. Dengan rawatan ini, fikiran akan merasa tenang. Tekanan dan juga kerisauan boleh dikurangkan serta menjadikan fikiran lebih damai. Selain itu, tubuh akan mengalami proses peremajaan semula, juga tubuh akan mendapat kembali tenaga yang sepatutnya. Kesimpulannya rawatan ini membantu merangsang sel tenaga. Ada sesetengah orang akan mengambil inisiatif bercuti untuk menenangkan fikiran dan menghilangkan tekanan. Tetapi dengan sinaran infra merah jauh ini, kita akan tetap mendapat kesan yang sama. Tidak perlu mencari tempat yang sesuai dan tidak perlu memerlukan kos yang banyak, hanya duduk di dalam sauna ini selama setengah jam sahaja.
Sumber majalah RAPI
Apakah FIR atau Far Infrared (Sinar Infra Merah Jauh)
Cahaya matahari merupakan sumber tenaga bagi semua kehidupan di bumi. Cahaya matahari 80% nya merupakan sinar infra merah. Panjang gelombangnya 4 – 1000 mikrometer. Sinar infra merah menghasilkan panas, dan panas tersebut dapat diserap dan dimanfaatkan kembali.
Kelebihan Infrared Sauna
Kajian biologi mendapati bahawa gelombang infrared antara 5.6um-15 um boleh memberi faedah terapi yang terbaik kepada badan manusia. Ini bermakna sauna menggunakan infrared sangat berkesan untuk menguruskan badan kerana pancaran infarednya menembusi lapisan kulit lalu menghancurkan lemak yang terkumpul di bawah permukaan kulit.
Infrared akan menghasilkan panas yang menyebabkan pembuluh darah membesar, meningkatkan suhu kulit, memperbaiki peredaran darah dan mengurangi tekanan jantung.
Tubuh manusia terdiri dari 70% air dan 80% dari darah adalah air. Sinar infrared memiliki getaran yang sama dengan molekul air. Molekul tersebut akan pecah menjadi molekul tunggal yang meningkatkan arus cairan tubuh, sehingga meningkatkan oksigen dalam darah.