- Masukkan air kedalam periuk pada tahap Medium (separuh). Masukkan aroma oil/rempah jika ada.
- Tutup periuk menggunakan penutup kaca yang disediakan. Kuncikan (lock) penutup kaca dengan mengangkat sedikit besi dan pusing.
- Sambungkan paip putih (PENDEK) pada penutup kaca dan satu hujung lagi pada penyambung dibahagian luar sauna tent (tempat bersauna).
- Sambungkan salah satu hujung paip putih (PANJANG) pada bekas hitam yang diberi dan satu hujung lagi pada penyambung yang terdapat dibahagian dalam saunan tent.
- Digalakkan untuk melapik bahagian bawah sauna dengan tuala/kain sebelum meletak kerusi untuk mengekalkan kebersihan sauna.
- Masukkan air pada tahap Medium atau separuh penuh. Kemudian masukkan 1 uncang herba sauna. ( 1 uncang boleh digunakan sehingga 3 kali sauna, selepas sauna keringkan)
- Setkan masa pada periuk selama 30 minit atau 40 minit kemudian tunggu sehingga wap panas memenuhi sauna tent (lebih kurang 3-5 minit). (Untuk periuk yg mempunyai suhu boleh laras, laraskan suhu ke tahap Medium)
- Masuk ke dalam sauna tent dengan berhati-hati. Jika semasa bersauna anda merasa terlalu panas, buka zip di bahagian depan anda untuk membolehkan wap panas keluar.
- Selesai bersauna, bersihkan periuk dengan menggunakan tuala bersih & buka zip untuk keringkan sauna.
