Sauna boleh turunkan berat badan dalam dua cara.

Pertama, sauna akan menaikkan kadar metabolism badan. Dalam keadaan tempat sauna yang ekstrem ( suasana panas, kering ) jantung, akan berdegup laju dan peredaran darah akan menjadi lebih lancar. Apabila sistem ini berjalan lancar kalori akan dibakar.

Bergantung kepada berat badan dan suhu sauna, biasanya jika bersauna 33 minit mampu membakar sehingga 300-500 kalori.

Sebab kedua sauna boleh menurunkan berat badan adalah apabila bersauna, badan akan mengeluarkan peluh. Ini akan membantu badan mengeluarkan toksin dan mengurangkan takungan air ( water retention ) dalam badan.

Ya, pengurangan water retention dalam badan adalah sebahgian daripada jumlah pengurangan berat badan. Pengurangan berat badan adalah terdiri daripada pengurangan otot ( muscle), lemak, dan air dalam badan.

Sumber : Blog kevin

Blog Widget by LinkWithin
Show Buttons
Hide Buttons