Author Archive

Author:
Friday, April 27th, 2012

Kandungan & Khasiat Set Bersalin Sendayu Tinggi:

1) Ammy Sixty Days (1-10 hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.

2) Ammy Sixty Days (11-20 hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh

3) Ammy Sixty Days (21-30 hari)
Merapatkan otot-otot rahim dan tulang punggung selain membaikpulih luka dalaman setelah bersalin. Selain itu,ia memberikan ibu tenaga dan menambah darah.

4) Ammy Sixty Days (31-40 hari)
Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.

5) Ammy Sixty Days (41-50 hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.

6) Ammy Sixty Days (51-60 hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.

7) Ammy Heat
Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.

8) Ammy Massage (minyak urut untuk ibu)
Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.

9) Oil of Telon (minyak bayi)
Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja).

10) Tummy Tone
Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.

11) Body Tone
Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.

12) Amme Bengkung
Bengkung Sendayu Tinggi ini dicipta dan dimodenkan rekabentuknya untuk menyenangkan para ibu yang baru bersalin dengan ukuran “free size” dan mempunyai 2 tali bagi memudahkan proses berbengkung sepanjang menjalani amalan berpantang.

Harga – RM426 (dengan bengkung) 
               - RM386 (tanpa bengkung)

Kos Pengangkutan – RM10 ( Sem. Malaysia) / RM15 ( Sbh/Srwk)

Author:
Friday, April 27th, 2012

Set Ibu Bersalin Confinemum Leesa Formula

•Boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan.

Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum bermula hari keempat selepas melahirkan. Tetapi ibu yang bersalin pembedahan adalah dicadangkan mengikut aturan berikut :

Body Contour Gel – Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali tempat jahitan.
Pek Tungku Herba – Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
Bengkung Correctuer – Boleh dipakai selepas 2 minggu melahirkan dan ikatan mengikut keselesaan individu.

KEBAIKAN SET BERSALIN LEESA FORMULA

•Formula yang inovatif.
Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

•Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

•Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

•Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).
Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

•Ringkas dan mudah.
Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

•Praktikal dan tidak membazir.
Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.

Set ConfineMum terdiri daripada:

1.  Bengkung Correctuer
2.  Body Contour Gel
3.  Cotet Emas Uncang
4.  Ginger Cream
5.  Minyak Telon
6 . Pek Tungku Herba
7 . Tablet Haruan Complex
8 . Tablet Prawan 

Terdapat 3 set untuk ibu memilih bergantung kepada pemilihan produk: 

ConfineMum Set A 

Terdiri daripada
Tablet Prawan, Tablet Haruan, Ginger Cream, Minyak Telon & Body Contour Gel 
Harga –  RM 215.00 
Kos Pengangkutan – RM10 ( Sem. Malaysia) / RM15 ( Sbh/Srwk)

ConfineMum Set B 

Terdiri daripada Set A + Bengkung Correctuer 
Harga – RM 260.00 
Kos Pengangkutan – RM10 ( Sem. Malaysia) / RM15 ( Sbh/Srwk)

ConfineMum Set Premium 

Terdiri daripada Set B + Cotet Mas Uncang + 2 Pek Tungku Herba 
Harga –  RM 350.00 
Kos Pengangkutan – RM10 ( Sem. Malaysia) / RM15 ( Sbh/Srwk)

PRODUK-PRODUK YANG TERDAPAT DALAM SET BERSALIN LEESA FORMULA

Bengkung (SM Rm49)
Bengkung adalah amalan tradisi, di mana sekeping kain (bengkung) diikat di bahagian perut sebaik selepas bersalin (ketika dalam pantang), bertujuan mengempiskan perut setelah ia semakin mengembang akibat proses kehamilan.

Bengkung CORRECTEUR dari Leesa Formula adalah singkatan ‘Correct & Contour’, khusus untuk membentuk kembali dan merampingkan pinggang.

Fungsi Bengkung
•Membentuk kembali badan terutama kawasan perut yang telah berkembang akibat hamil.
•Merampingkan kembali pinggang.
•Mengelak kekenduran otot perut dan perut menggelebeh.
•Menaik dan membentuk kembali punggung.
•Mempercepatkan perut terasa `penuh` bagi mengelak terlebih makan.
•Baik jika digunakan oleh semua wanita, walaupun bukan ketika berpantang.

Body Countour Gel (SM RM30 & RM55)
Ia adalah gel pelangsing panas terbaik dipasaran, dirumus dari 7 jenis tumbuhan yang sangat berkesan untuk memecah lemak, selulit dan lendir. Ia disapu sebelum berbengkung di kawasan perut & pinggul bagi merampingkan kembali badan. Tanpa bau, tiada & mudah menyerap.

Fungsi
Disapu di perut, pinggang, punggung dan peha sebelum memakai bengkung untuk memecah dan membakar lemak, selulit dan lendir yang bertakung di bawah lapisan kulit.

Bertindak menegangkan dan melembutkan kulit.
Mengurangi stretch mark

Cotet Emas Uncang (SM RM29)
Uncang herba, khusus untuk minuman harian wanita, terutama bagi ibu dalam pantang. Rasa yang enak dengan bau limau purut yang harum. Cotet Emas Uncang adalah herba yang popular dikalangan penduduk utara Malaysia sebagai tonik wanita dan sering digunakan terutama selepas bersalin. Cotet Emas Uncang amat baik dijadikan minuman kerana khasiat kandungan bahan flavanoid dan triterpenoid di dalamnya bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflamatori, manakala perisa semulajadinya yang menyerupai rasa kayu manis amat digemari ramai.

Fungsi
Mengecutkan peranakan, memberi tenaga, menyihatkan tubuh, merapatkan kembali vagina, bersifat antiseptik dan mengurangi bau badan.

Ginger Cream (R55)
Krim sapuan dari ekstrak semulajadi halia ini adalah formula eksklusif Set ConfineMum Premium Leesa Formula yang tidak terdapat pada mana-mana set bersalin lain. Ia dirumus untuk memberi kebaikan terutama wanita dalam pantang berdasarkan amalan penggunaan halia dalam budaya masyarakat Malaysia . Ia berbau harum, mudah meresap dan tidak melekit.

Fungsi
•Membuang angin dan mencegah angin dari memasuki badan.
•Menjana haba dan memberi kehangatan pada badan.
•Mencair dan melancarkan perjalanan darah.
•Memudahkan pencernaan kerana halia yang bersifat karminatif dapat melawan gejala angin dan membantu pencernaan.
•Digunakan oleh ahli perubatan Greek purba untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidak seimbangan lendir dalam badan.
•Perubatan Arab dahulu kala menggunakan halia sebagai ubat perangsang nafsu dan mengubati penyakit ghout.
•Mencegah daripada pening ketika dan selepas mengandung serta mabuk ketika dalam perjalanan darat atau laut.
•Boleh digunakan oleh semua kanak-kanak, lelaki dan wanita biasa yang tidak berpantang untuk mendapat semua kebaikan di atas.
•Baik untuk orang-orang tua yang mengalami lenguh dan sengal badan.

Minyak Telon (RM 12)
Digunakan secara tradisional untuk mencegah kemasukan angin, melegakan kembung perut serta memberi rasa hangat pada perut bayi.

Pek Tungku Herba
Pek Tungku Herba adalah formula eksklusif Leesa Formula yang diilhamkan dari amalan tradisi masyarakat Thai, mengandungi 5 jenis herba iaitu halia bara, limau purut, serai wangi dan camphor dalam bungkusan kain cotton, berfungsi sebagai ‘batu tungku’, dipanaskan melalui kaedah mengewap (steam) lalu tuam ke badan terutama perut.

Fungsi
Pek Tungku Herba mudah, ringkas dan sangat berkesan bagi:
•Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
•Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.

Tablet Haruan Complex (RM49)
Ikan haruan mengandungi semua jenis asid amino dan asid lemak yang penting dalam kolagen kulit manusia untuk proses menyembuhkan luka luar dan dalam, terutama luka selepas bersalin. Dari segi terma perubatan, ikan haruan mempunyai asid arachidonik. Ia akan bergabung dengan asid amino, alanine, proline, argine, serine, leucine dan phenylalanine untuk membantu polypeptide yang bertanggungjawab menyembuh penyakit-penyakit dan luka.

Tablet Haruan Complex adalah dari ekstrak asli ikan haruan terpilih yang dihasilkan melalui penyelidikan pakar dari Universiti Sains Malaysia . Pengambilannya amat mudah, kerana Haruan dalam bentuk tablet, jadi ia tiada bau hanyir yang meloyakan.

Fungsi
•Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam (terutamanya wanita yang brsalin secara caesarian atau pembedahan).
•Melegakan luka-luka kecil atau luka jahitan faraj akibat melahirkan.
•Baik untuk wanita lepas bersalin, kanak-kanak, wanita dan lelaki untuk kesihatan badan terutama untuk luka-luka dan selepas pembedahan.

Tablet Prawan ( SM RM75 )
Tablet Prawan dengan formulasi ubat periuk dari herba-herba terpilih Malaysia bagi merawat, memelihara dan memberi ketahanan tubuh badan wanita, terutama selepas melahirkan. Ia berupaya membantu menyihatkan rahim dan sistem dalaman wanita, seterusnya mengembalikan rahsia kewanitaan seperti seorang perawan. Ia mudah diambil kerana tidak pahit dan tiada bau herba yang memeningkan juga tidak menyebabkan panas badan kepada ibu dan bayi. Selain itu, ia juga sesuai untuk kegunaan harian semua wanita walaupun bukan dalam pantang.

Fungsi
•Menguatkan rahim dan mengecutkan kembali saluran peranakan.
•Mencuci darah dan melancarkan perjalanan darah nifas.
•Melegakan masalah senggugut, melawas pembuangan air.
•Mencegah masalah meroyan.
•Menambah tenaga dan menghilangkan muka pucat selepas bersalin.
•Menghilangkan sengal-sengal sendi dan bias-bisa tulang.

 

Author:
Thursday, April 26th, 2012


SET UTK DALAM PANTANG SALINDAH (6 item):
*Sesuai utk ibu bersalin normal @ Ceaser
*Tidak mengganggu penyusuan dan boleh teruskan pengambilan walaupun bayi disahkan kuning.


L7- Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka atau jahitan. Mencegah jangkitan kuman atau pernanahan.

L8- Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakit – sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala.

L9- Remedi istimewa ini menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat – urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu

L10- Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan menegecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru.

L11- Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan, menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis. Menenangkan tidur. Menghilangkan kebas – kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.

L12- Remedi ini menjaga kesihatan ibu selepas bersalin sentiasa agar sihat, mengembalikan kekuatan, memulihkan alat perkelaminan. Menimbulkan kesegaran.

Harga : RM370 

Kos Pengangkutan : RM10 ( Semenanjung Malaysia ) / RM15 ( Sabah / Sarawak)


Author:
Wednesday, April 25th, 2012

Amalam berpantang selepas bersalin telah menjadi tradisi bagi masyarakat melayu. Amalan tersebut sangat di titik beratkan oleh emak Ibu Halimah ketika beliau di dalam tempoh berpantang.

Set Bersalin Ibu Halimah adalah hasil daripada amalan turun temurun keluarga beliau dan kini, ia di perkenalkan untuk kegunaan umum.Ramuan yang di gunakan adalah 100% herba hutan hujan tropika dan tidak mengandungi bahan tiruan , manakala bengkung yang di sediakan adalah bengkung tradisional Melayu.

Set bersalin ibu halimah ini merangkumi:-

Jamu mak dara serbuk 1 kotak 250 gram
Jamu mak dara kapsul 2 botol 60 biji kapsul(perbotol)
Losyen param 1 botol 120 ml
Pilis 1 bekas 200 gram
Bedak sejuk 1 bekas 200 gram
Rempah mandi 1 bungkus 100 gram
Bengkung 1 helai
Tungku kukus berherba 1 unit

Kandungan & cara penggunaan set bersalin jamu mak dara:

JAMU MAK DARA SERBUK

Cara Penggunaan

Bancuhkan satu sudu besar Jamu MakDara ke dalam setengah cawan air panas .Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.

Sekiranya menyusukan bayi, ampukan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara.Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang.Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.

LOSYEN IBU HALIMAH

Cara Penggunaan

Di gunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada ,lengan dan terutama nya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Losyen Ibu Halimah yang bertindak seperti param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat.Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan- kesan kulit pecah pada badan.

PILIS

Cara Penggunaan
Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat
Pilis di gunakan untuk melegakan sakit sakit dibahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yagn biasa di alami ibu ibu baru lepas bersalin.

BEDAK SEJUK

Cara penggunaan
Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehinga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu ,leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan kesan hitam .Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu.Seelok elok nya di biarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat di serap oleh kulit.

Khasiat
Bedak sejuk menyerap ke dlm liang liang kulit dan menghilangkan kesan kesan hitam pada leher supaya kulit sentiasa kelihatan segar dan berseri.

REMPAH MANDI

Cara Penggunaan
Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih.Ambil 3 cawan air rempah mandi dan di campur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian).Mandi menggunakan air rempah secukup nya. Sekiranya air rempah yang direbus di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh di gunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat
Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel sel kulit mati pada tubuh.Ia juga untuk

Membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bagu badan dan kesan2 hitam akibat kulit pecah.

BENGKUNG

Bengkung Jamu Mak Dara di perbuat dari kain belacu yang sesuai untuk di gunakan sebgai bengkung kerana kain nya yang lebih lasak.Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan
Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut.Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung kedalam lubang yang sedia ada.pastikan tali di masukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas .Lilit kan tali mengukut lubang –lubang nya dan akhirkan melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas . Ada lah di nasihatkan kepada para ibu untung menyapu losen ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung.Ini kerana kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merepatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Di sarankan bengkung di gunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.

Khasiat
Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

TUNGKU HERBA KUKUS

Tungku herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi.Selain itu ia juga di gunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapankebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Cara Penggunaan
Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit.Lapiskan dengan satu lapis kain sekira nya panas kemudia tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas.Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas di gunakan sebelum di simpan.

Khasiat
Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

harga ; RM 350

Author:
Wednesday, April 25th, 2012

SET BERSALIN AMWAY – TROPICAL HERBS

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat & mudah.

* Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.

* Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang.

Untuk dimakan:

Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.

Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Minyak Bayi, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan @ param , dan Campuran Penenang @ pilis

Ciri-ciri dan Faedah

* Lengkap dan mudah.

Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.

* Keberkesanan Terbukti.
Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.

* Herba-herba yang distandardkan.
Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.

* Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.

* Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.

* Pengilang herba bertauliah.

Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)

KELEBIHAN PRODUK SET BERSALIN AMWAY – TROPICAL HERBS

1. HERBA MANDIAN – Herba dan bunga tropika yang sangat harum untuk menyegarkan semula tubuh dan membangkitkan mood. Herba-hrba lain seperti serai wangi dan daun limau purut melegakan lenguh-lenguh dan sakit otot manakala kunyit dan usnea barbata memberikan khasiat antibakteria dan antifungus untuk menangani masalah kulit yang ringan termasuk kegatalan dan ruam. Herba ini juga boleh diletakkan di dalam periuk sauna ketika bersauna untuk menyegarkan badan.

2. MINYAK URUT HERBA – Minyak yang dicampur khas daripada herba-herba yang direbus secara teliti. Rumusan zaman berzaman yang membantu menyingkirkan toksin dari dalam badan, memberikan khasiat antibakteris, antispasmodik, antifungus dan astringen. DIbuat menggunakan minyak kelapa sawati yang kaya dengan vitamin E dan A, ia juga dapat menghangatkan kulit dan merangsang peredaran darah untuk merehatkan otot yang tertekan akibat proses bersalin.

3.  MINYAK BAYI – RUmusan semulajadi yang berkesan untuk mencegah angin dan kembung perut bayi. Ia dirumus menggunakan 100% tumbuhan dan minyak pati tanpa mengandungi menthol atau mentil salisilat. Boleh digunakan setiap hari ke atas bayi, hanya satu atau dua titis setiap penggunaan sudah mencukupi.

4. CAMPURAN PENGHANGAT BADAN – Apabila disapu pada seluruh badan, ia membantu peredaran darah dan mengurangkan bengkak air. Herba-herba yang digunakan dalam campuran ini termasuk halia, biji hitam, buah pala, bunga cengkih dan kunyit.

5. CAMPURAN PENENANG – Mengandungi herba yang menyamankan seperti biji hitam, daun turi dan asam jawa. Ia membantu mengurangkan sakit kepala yang disebabkan kurang tidur. Calit sedikit pada dahi juga mennyegarkan dan mengurangkan rasa berat di sekitar mata.

6. CAMPURAN PERAMPING PERUT – Tanah liat yang ditulenkan dengan air limau nipis dan herba-herba yang dikisar digunakan bersama dengan bengkung membantu ibu-ibu mengetatkan bahagian abdomen dan membantu mengempiskan perut disamping mendapatkan semula bentuk badan sebelum bersalin. Juga berkesan untuk menghilangkan tanda-tanda hitam pada bahagian perut.

7. HERBA PEMBERSIH WANITA – Melegakan ketidakselesaan disebabkan keradangan di bahagian alat sulit. Campuran herba yang begitu harum ini dapat menhilangkan bau yang tidak menyenangkan pada alat sulit. Ia juga tinggi kandungan tanin yang membantu mengecutkan tisu alat sulit dan mempercepatkan penyembuhan. Mengandungi herba-herba seperti sirih,kunyit,manjakani,halia hutan dan daun jambu batu.

8. TEH HERBA – Tonik yang diilhamkan daripada rawatan selepas bersalin yang diamalkan oleh keluarga diraja Perak. Ia digunakan sejurus selepas bersalin untuk membersihkan sistem dan menyingkirkan darah beku dari rahim. Mengandungi kunyit, manjakani, halia, jintan putih dan hitam. Ia juga dapat melancarkan perjalanan darah dan melegakan keradangan tisu vagina.

9. PIL SELEPAS BERSALIN 1 – Pil yang membantu mengembalikan tenaga , melancarkan peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan. Menggabungkan herba yang digunakan secara tradisional dalam sistem ayurveda dalam bentuk kapsul sayuran juga shatavari yang meningkatkan pengeluaran susu.

10. PIL SELEPAS BERSALIN 2 – Pil ini membantu ibu mendapatkan kembali bentuk tubuh asal secara dalaman an luaran. Mengandungi kombinasi herba yang sangat astrigen untuk membantu pengecutan rahim dan otot vagina.

11. BENGKUNG KAPAS – Digunakan bersama-sama campuran peramping perut, ia memejalkan otot dan kulit perut, menggalakkan postur yang baik untuk ibu yang menyusukan bayi dan membantu mendapatkan kembali bentuk badan sebelum bersalin disamping mengempiskan perut.

Harga : RM 293

Kos pengangkutan : Sem. Malaysia – RM10, Sbh/Srwak – RM20

Author:
Wednesday, April 18th, 2012

Dengan SAUNA MASSAGE 2 IN 1 BELT t ini, anda boleh menikmati kebaikan sauna di rumah. Anda boleh fokus pada bahagian yang anda rasa anda perlukan untuk mendapat bentuk badan yang lebih menarik – terutama bahagian perut. Ia juga mempunyai fungsi getaran yang membantu memecahkan lemak pada bahagian perut. Fungsi magnetism ( kemagnetan) yang terdapat pada SAUNA MASSAGE 2 IN 1 BELT ini membantu melancarkan peredaran darah dan memecahkan lemak bawah kulit.

Antara lain-lain kebaikan SAUNA MASSAGE 2 IN 1 BELT ini adalah boleh membantu menghapuskan lemak yang tidak diperlukan , menghilangkan selulit, membantu mengurangkan berat badan dan boleh mengurangkan sakit atau lenguh otot.  Fungsi kepanasan SAUNA MASSAGE 2 IN 1 BELT ini boleh membuang toksin yang terdapat dalam badan. Selain itu, ia membantu meningkatkan kadar metabolisme badan.

Penggunaan SAUNA MASSAGE 2 IN 1 BELT dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan bersenam boleh memberi kesan maksimum dengan lebih cepat dan berkesan.

TATACARA PENGGUNAAN

1.  Pakai Sauna Massage 2 in 1 Belt mengikut kesesuaian. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat.

2.  Pasangkan plug yang bersambung pada transformer ke soket dan sambungkan Sauna Massage  2 in 1 Belt ke sambungan transformer.

3. Tekan ON/OFF

4.  Mode Getaran ( Normal/Pulse/Wave/ Auto ) boleh ditukar mengikut kesukaan dengan menekan butang MODE. – Lampu berwarna Hijau bermaksud mode pilihan yang kita pilih.

5. Mode getaran boleh dilaraskan jika kita mahu getaran pada bahagian kirai atau kanan atau kedua-dua bahagian dengan menekan butang POSITION. ( Lampu merah akan menyala pada mode pilihan yang kita pilih)

6. Untuk memilih tahap kepanasan, tekan butang HEAT (lampu akan bertukar hijau) kemudian tekan INTENSITY untuk memilih suhu Low atau High (Lampu merah).

7. Tekan OFF bila selesai menggunakannya.

8. Saranan tempoh pemakaian setiap sesi adalah 30 minit. Pastikan Sauna Massage 2 in 1 Belt ini ‘direhatkan’ sekurang-kurangnya 20-30 minit sebelum penggunaan seterusnya. Pemakaian sehari sekali sudah memadai.

9. Minum sekurang-kurangnya 500ml air kosong untuk mendapatkan kesan maksimum dari penggunaan Sauna Massage 2 in 1 Belt ini.

SPECIFICATION

Size – 120 x 19 x 5.2 cm

Berat – 1.7 kg

Power – 8.4W

Voltage – DC12V

Author:
Monday, April 16th, 2012

Anda tidak berpuas hati dengan saiz lengan anda? Kini anda ada penyelesaian untuk masalah itu.
Gunakan Produk Pengecil Lengan Upper Arm Shape atau bengkung lengan dan anda akan mendapat saiz lengan yang anda idamkan.  Upper Arm shaper adalah produk yang dibuat untuk mengecilkan bahagian lengan atas. Berbentuk seperti jaring tipis.

Antara kebaikan Upper Arm Shaper ini adalah :
1. Membakar lemak.
2. Melancarkan peredaran darah.
3. Membantu mengurangkan selulit.
4. Menegangkan dan merampingkan bahagian lengan.

Saiz Upper Arm Shape ini adalah 7.5 inci panjang 

Pengecil lengan boleh membantu membakar kalori sebanyak 399 kalori / jam. Untuk hasil terbaik boleh dipakai pada sewaktu melakukan aktiviti harian

Cara Pemakaian:
1. Boleh dipakai sepanjang hari ( termasuk waktu tidur ).
2. Minimum gunakan 8 jam sehari untuk hasil yang maksimum.
3. Hati-hati saat dipakai, jangan tersangkut kuku / benda tajam.
4. Jangan dicuci dengan Mesin Basuh.
5. Gunakan Sabun Basuh yang lembut.

Author:
Thursday, April 05th, 2012

TrimWhizz Collagen Shaping Cream membantu anda untuk mendapatkan tubuh yang lebih ramping dan mengurangkan tekstur dan rona kulit yang tidak sekata.

Ia menghalang lemak berlebihan dari terkumpul dan menegangkan kulit secara intensif. Ia juga dapat mengurangkan kesan rekahan pada kulit serta selulit.

Cara guna : Urut dan gosok TrimWhizz dua kali sehari selepas mandi. Untuk kesan yang lebih cepat, disyorkan urut pada bahagian yang bermasalah sema 30 hingga 60 saat.

1 botol RM25 (semenanjung) / RM29 (Sabah Sarawak) poslaju RM5, total RM30 (Semenanjung)/RM34 (Sabah Sarawak)

Author:
Wednesday, April 04th, 2012

Adakah anda penggemar yogurt? Jika ya, ada berita baik untuk anda. Yougurt mampu membantu anda mencapai impian badan langsing anda. Jika anda sedang menjalani program diet, bolehlah menambah yogurt sebagai makanan rendah kalori.

Yogurt boleh membantu menghilangkan lemak pada bahagian perut seterusnya boleh menurunkan berat badan. Selain itu, yogurt juga dapat membantu menjaga berat otot dua kali ganda lebih efektif. Produk tenusu yang mengandungi kalsium yang dapat melambatkan proses terbentuknya lemak dalam tubuh.

Author:
Monday, April 02nd, 2012

Haa…seronok bila tengok tajuk ni kan..Tidur pun boleh kurus?

Ya betul..tidur yang cukup boleh menyumbang kalau nak kuruskan badan. Berdasarkan satu kajian yang pernah dijalan di Amerika Syarikat, didapati individu yang mengalami masalah kegemukan berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh masalah kurang tidur.

Menurut kajian dan pendapat oleh seorang ahli fizik dari University Northwestern, Fred Turek, diet dan senaman yang bersungguh-sungguh tetap tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur individu berkenaan berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.

Oleh itu mulai sekarang, cubalah dapatkan tidur yang cukup. Tapi ingat jangan berlebihan pula. Jika kita tidur dengan cukup dan berkualiti, beserta diet dan senaman yang konsisten, tidak mustahil anada boleh menurunkan berat badan lebih cepat dari sebelum ini. Jadi. ubahlah tabiat tidur anda, dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti untuk mencapai target anda.

 

Blog Widget by LinkWithin