Archive for ◊ 2010 ◊

Author:
Tuesday, December 14th, 2010

Bagaimana rasanya?
RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo.

Bagaimana pengguna dalam testimoni boleh hilang begitu banyak kg sebulan?
Mengikuti saranan Terapi Pelangsingan RxLite. Boleh didapati dalam setiap set yang dibeli.

Berapa kuantiti untuk dapatkan berat badan ideal?
Untuk 10kg, digalakkan menggunakan secara berterusan 2 set RxLite

Berapa harga RxLite?
Harga bagi Pakej RxLite untuk kegunaan sebulan (2 kotak) adalah RM 248 (Semenanjung)/RM 258 (Sabah/Sarawak)

Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk. RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat “shake” buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.

Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.

Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun, ibu mengandung, ibu menyusu dan mereka yang mempunyai sejarah sawan.

Naik jerawat selepas mengamalkan RxLite
Kadangkala sesetengah kandungan makanan boleh menyebabkan reaksi kepada kulit, terutamanya jika kulit sensitif kepada haba dan peluh. Untuk membantu anda menghadapi masalah ini, kami cadangkan minum sekurang-kurangnya 500 ml air kosong (sebaiknya air seperti Rx-Water) sejurus selepas meminum RxLite untuk mengurangkan rasa panas dan membantu proses pembakaran lemak yang lebih efektif.

Adakah mengambil pil perancang, iud atau ubat-ubatan lain tidak memberi kesan penurunan berat badan?
Sebenarnya sesetengah medikasi bukan membawa kesan khusus kepada RxLite, tetapi apa sahaja produk yang memerlukan tindak balas sistem pembakaran lemak di dalam tubuh badan. Bagi pengguna pil perancang, sehingga ke hari ini, kami menerima maklum balas yang bercampur-campur. Ada yang kurangkan berat badan, dan ada yang tiada perbezaan. Oleh itu, cadangkan untuk mencuba dahulu satu set, untuk menilai sendiri sama ada tubuh badan anda memberi tindak balas atau tidak.

Jika kita tidak tahu kita mengandung pada awal bulan pertama/kedua ,adakah ia akan membahayakan bayi dalam kandungan ?

Amaran tidak menggalakkan wanita mengandung dan menyusu untuk tidak minum RxLite hanyalah sebahagian daripada polisi Dato’ Dr. Noordin Darus untuk tidak mengambil sebarang risiko, walaupun secara saintifiknya, impak RxLite terhadap golongan ini amatlah kecil dan hanya melibat 5-10% populasi. Oleh itu, pengambilan RxLite tanpa sengaja ketika mengandung tidak akan membahayakan kandungan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan berhenti serta merta bagi memastikan pembesaran berat dan nutrient yang secukupnya untuk kandungan.

Diabetes tidak menurun malah makin meningkat
Yang penting bagi pengidap diabetes adalah kandungan gula yang diambil secara keseluruhan. Jika tabiat pemakanan dan pengambilan gula kekal pada paras lama, kemudian ditambah dengan RxLite, maka secara logiknya paras gula akan meningkat. Oleh itu, kami nasihatkan anda membaca maklumat kesihatan yang terdapat di kotak RxLite, dan membuat perubahan dalam pengambilan gula dari sumber yang lain agar jumlah diambil tidak meningkat. Pada masa yang sama,jangan putus asa kerana salah satu cara untuk membantu pesakit diabetes adalah untuk menjaga berat badan ideal anda.

Kenapa harus minum air yang banyak bila mengambil RxLite?
Nasihat untuk minum banyak air sebenarnya bukan khas untuk RxLite tetapi untuk kesihatan umum (cadangan 8 gelas sehari, atau 2.5 liter). Apabila badan mempunyai air yang cukup, ianya mempercepatkan semua proses pembakaran lemak, melancarkan perjalanan darah, dan meningkatkan tahap metabolisme disamping mengawal rasa lapar. Pada masa yang sama, RxLite juga mengandungi bahan pembakar lemak yang MUNGKIN membuatkan anda terasa panas dan mudah berpeluh. Oleh itu, gantikan kehilangan air ini dengan mengambil sekurang-kurangnya 500 ml air kosong bersih (seperti Rx-Water) selepas mengambil RxLite.

Kenapa ada yang tambah berat badan di bulan puasa?
Ketika bulan puasa, ramai yang salah anggap bahawa dengan tidak makan, secara automatik tubuh badan akan membakar lemak. Realitinya adalah jumlah kalori dalam sehari yang diambil memainkan peranan yang penting. Walaupun bilangan hidangan dikurangkan, tetapi jika sewaktu berbuka anda mengambil jumlah kalori yang tinggi, berat badan pasti akan meningkat.

Pada masa yang sama, pengambilan hidangan kecil, walaupun banyak kali (eg: 5x sehari) didapati lebih efektif dalam proses pelangsingan badan berbanding kurangkan hidangan makan, tetapi satu hidangan itu begitu banyak makanan. Ketika bulan puasa, cuba pecahkan hidangan berbuka kepada bahagian lebih kecil dengan tempoh ½ jam di antara pengambilan juadah.

Jangan lupa, sekiranya anda mengambil kalori yang sama seperti tidak berpuasa, tetapi pada bulan puasa anda KURANGKAN AKTIVITI FIZIKAL, manakala secara semulajadi badan akan bertambah berat.

Kenapa masih berasa lapar walaupun sudah mengambil RxLite?
Perasaan lapar sesudah mengambil RxLite adalah satu perkara yang tidak perlu dirisaukan. RxLite merupakan minuman koko ringan yang mempunyai kandungan kalori rendah membuatkan sesetengah individu dengan kadar metabolisme tinggi terhadap gula merasa “tidak puas” atau lapar.

Pada masa yang sama, sesetengah dari individu mempunyai daya adaptasi yang rendah terhadap sebarang perubahan corak pemakanan. Bagi kumpulan ini, perasaan lapar itu akan hilang setelah lebih 3-4 hari mengamalkan pengambilan RxLite. Bagi yang lain, anda dinasihatkan mengambil 500 ml air kosong bersih (seperti RxWater) selepas mengambil secawan RxLite dan tunggu 30 minit sebelum merasa kesannya dalam mengurangkan rasa lapar. Sekiranya anda masih lagi rasa lapar, silalah makan makanan rendah karbohidrat seperti daging, ayam dan ikan.

Walaupun telah menghadkan pengambilan makanan, senaman, minum air yang banyak, kenapa berat badan masih belum turun?
Kes seperti ini, walaupun jarang, tetap akan berlaku. Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas berbeza dari yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak kurangkan berat badan, tetapi semakin meningkat! Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain.

Pastikan pengambilan kalori harian anda sekarang (sebelum berdiet), kemudian lakukan penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat. Sebagai contoh, sekiranya badan anda telah biasa mengambil 2500 kcal sehari, kurangkan 500 kcal untuk minggu pertama. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda (seperti kopi)!!!

Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari. Jika boleh, RxLite ini mengganti hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite!

Sekiranya anda masih tidak tahan lapar selepas 30 minit mengambil RxLite, anda digalakkan mengambil makanan rendah karbohidrat tetapi tinggi protein seperti ayam dan daging (jangan ambil bahagian lemak/kulit), ikan dan makanan laut. Tingkatkan aktiviti fizikal harian dengan satu langkah mudah – berjalan kaki (walaupun santai) di antara 15-30 minit selepas setiap kali waktu makan (terutamanya makan malam). Tindakan ini sahaja didapati dapat meningkatkan pembakaran lemak sebanyak 50%. Oh yea, disiplinkan diri untuk makan seawal yang mungkin di waktu malam (maksimum sebelum pukul 9 malam atau 2 jam sebelum tidur). Dan yang terakhir, kunyahlah makanan yang dimakan sekurang-kurang 20x secara perlahan-lahan dan nikmati setiap rasa makanan tersebut. Tips ini didapati dapat mempercepatkan rasa kenyang, dan sebenarnya mempercepatkan pembakaran lemak dalam makanan tersebut melalui enzim air liur.

Setiap kali minum RxLite, terasa sakit kepala
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir yang mempunyai reaksi seperti pening kepala, terlebih berpeluh dan gastrik. Ini adalah tindak balas tubuh badan terhadap kandungan pembakar lemak di dalam badan. Tetapi reaksi ini sebenarnya bersifat sementara dan menggambarkan kelemahan sedia ada dalam tubuh badan.

Bagi mengurangkan impak RxLite secara fizikal seperti ini, ambil 500 ml air kosong bersih selepas meminum RxLite. Ini dapat mengimbangi kandungan bahan asing di dalam badan, mengurangkan suhu badan, dan membantu mengurangkan tindak balas asid perut yang menyebabkan gastrik.

Golongan seperti ini juga dinasihatkan untuk mengambil hanya 1x RxLite sehari buat permulaan dan secara berperingkat meningkatkan pengambilan berdasarkan keselesaan tubuh badan anda. Dalam masa 7 hari, tubuh badan manusia pasti sudah adaptasi dengan pengambilan RxLite.

Author:
Saturday, November 13th, 2010

RxLite bukan sahaja mampu menurunkan berat badan malah kaya dengan antioksida.

Antioksida melambatkan penuaan. Selain dapat menolong membaiki kerosakan oksidatif pada organ, membran mukus dan asid lemak, ia juga mampu meneutral dan menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan.
Garcinia Cambogia, L-Carnitine, Fructose Oligosaccharides, Serat DND, dan Koko semulajadi membantu mengurangkan rasa lapar dan membakar lemak.

Author:
Wednesday, November 03rd, 2010

Berikut merupakan 10 cara funtuk meningkatkan kadar metabolisma, disusun bermula dari yang paling bagus untuk diamalkan, hinggalah kepada yang paling tidak sihat untuk diamalkan. Buat mereka yang kurang pasti apa yang dimaksudkan dengan metabolisma, sila rujuk pada entri yang berkaitan sebelum ini, ok?

1 - Makan dengan lebih kerap (hidangan yang kecil)
Tempoh di antara dua waktu makan yang terlalu ‘panjang’ akan memaksa badan kita bertukar kepada ‘starvation mode’ (berlapar). Badan akan menyimpan lebih tenaga untuk mengatasi ‘starvation mode’ ini, dan proses ini secara tidak langsung akan merendahkan kadar metabolisma. Oleh yang demikian, tukarlah tabiat makan 3 kali sehari (sarapan pagi, makan tengahari, makan malam) kepada makan 5-6 kali sehari, dan agihkan kuota kalori itu sebaik-baiknya.

2 - Cari makanan yang mengandungi Vitamin B1, B2 dan Taurine
Vitamin B1 dan B2 membantu dalam menyempurnakan lagi proses pembebasan tenaga oleh sel-sel badan, manakala Taurine pula merupakan sulfur amino acid yang mampu meningkatkan fungsi mata (penglihatan) dan jantung. Jantung? Dipendekkan cerita, 2 elemen ini mampu melancarkan lagi fungsi yang berkaitan dengan pembebasan tenaga, bermaksud meningkatkan lagi kadar metabolisma. Dewasa ini, Taurine boleh didapati dengan mudah di dalam minuman-minuman tenaga seperti Livita, manakala Vitamin B pula terdapat di dalam produk tenusu (seperti susu) dan telur kuning.

3 - Senaman Aerobic (Kardio)
Rahsia disebalik tip ini ialah, kita hendak biasakan jantung kita supaya sentiasa ‘berfungsi’ pada kadar terbaik, yakni mengepam darah keseluruh badan secara lancar. Lakukan senaman kardio 2-3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Rujuk entri ini untuk mempelajari apa itu kardio.

4 - Senaman pemberat (weight training) bina lebih banyak otot
Otot menggunakan lebih kalori (lebih 73kcal per KG) berbanding sel-sel lemak. Oleh yang demikian, lebih banyak otot yang dibina, lebih tinggiResting Metabolic Rate atau RMR (RMR ni konsep dia lebih kurang sama dengan BMR, tapi menggunakan prinsip dan formula yang berbeza). Dipendekkan cerita, mereka yang mempunyai berat 80kg, berotot atau peratusan body fat kurang dari 15%, rata-rata mempunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding mereka yang juga mempunyai berat 80kg, tetapi hanya berbadan biasa (body fat % lebih 20).

5 - Rempah ratus
Terdapat kajian yang menunjukkan rempah ratus seperti cili, lada, serbuk kunyit, kari, dan jintan mampu meningkatkan kadar metabolisma seseorang. Mungkin ada rasionalnya juga kenyataan ini. Kita pernah melihat pak arab makan sedulang beriani kambing, dengan banyak, tetapi tak ramai yang obesiti dengan mengamalkan diet sebegini. Salah satu faktor mungkin disebabkan cuaca, atau mungkin juga oleh gaya hidup mereka sendiri. Tetapi mungkinkah juga disebabkan kehadiran berbagai-bagai jenis rempas ratus di dalam masakan mereka?

6 - Minum air sejuk (ais kosong)

Tip ni aku cedok bulat-bulat dari internet. Kononnya, badan akan menggunakan lebih kalori untuk menyesuaikan (menyuamkan) air sejuk yang diminum kepada suhu badan. Betul atau tidak, aku sendiri tak pasti, cuma aku senaraikan sahaja disini. Tidak salah untuk mencuba bukan? Walaubagaimanapun, pastikan minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari kerana lebih 90% proses tindakbalas biokimia dalam badan berlaku dengan kehadiran air.

7 - Teh Hijau
Tip ini juga aku ceduk dari internet, sekadar untuk mencukupkan tip-tip lain yang sedia ada dalam pengetahuan aku. Namun kenyataan dari seorang ahli akedemik ini amat menarik perhatian aku; “Teh hijau mampu untuk meningkatkan ‘sedikit’ kadar metabolisma si peminumnya, namun tiada kajian yang menunjukkan Teh Hijau mampu dalam membantu mereka untuk menurunkan berat badan”

8 - Makanan yang mempunyai kesan thermic (thermic effect)
Ini sama seperti yang aku ceritakan semalam, dan konsep ini adalah antara sebab utama mengapa Atkins diet berjaya dalam menurunkan berat badan si pengamalnya.

9 - Kopi (coffee)
Seperti yang kita sedia maklum, kopi mengandungi kaffein (caffein), antara kompound yang mampu meningkatkan kadar metabolisma dengan kadar yangsignificant. Selain kopi, caffein juga terdapat dalam minuman-minuman penguat tenaga yang terdapat di pasaran. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kopi ini diletakkan pada tangga yang kesembilan? Ini kerana Caffein juga merupakan agen yang membantutkan perkembangan dan kekuatan tulang.

10 - Nicotine (dalam Rokok)
Sama seperti caffein, nicotine juga mampu meningkatkan kadar metabolisma si penghisap rokok. Aku letakkan nicotine dalam kedudukan yang terakhir sekali, yakni pilihan yang paling patut dielakkan, kerana terbukti nicotine (rokok) itu mempunyai lebih banyak kesan buruk berbanding kebaikan.

Sumber : http://www.sususejat.com

Author:
Wednesday, October 20th, 2010

Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang cuba menghalang lemak daripada digunakan.

Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.

Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh menjadikan seseorang resah dan lemah.

Akhirnya dia mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk keluar daripada belenggu obesiti.

Author:
Wednesday, October 20th, 2010

Tubuh badan manusia, walapun secara fisiologi bertindak sama sahaja, tetapi ada di kalangan kita yang mempunyai tindak balas berbeza dari yang lain. Malah, ada segelintir yang bukan sahaja tidak kurangkan berat badan, tetapi semakin meningkat! Bagi golongan sebegini, usaha anda untuk mengurangkan berat badan menggunakan RxLite harus lebih intensif dan berbeza berbanding golongan lain.

Pastikan pengambilan kalori harian anda sekarang (sebelum berdiet), kemudian lakukan penyelarasan agar pengambilan ini dikurangkan secara berperingkat. Sebagai contoh, sekiranya badan anda telah biasa mengambil 2500 kcal sehari, kurangkan 500 kcal untuk minggu pertama. Jangan lupa untuk mengambil kira kandungan kalori daripada minuman anda (seperti kopi)!!!

Pada masa yang sama, tingkatkan pengambilan RxLite kepada 3x sehari. Jika boleh, RxLite ini mengganti hidangan sarapan pagi dan makan tengah hari. Pengambilan ketiga RxLite bergantung sekiranya anda biasa makan petang atau tidak. Jika ya, gantikan makan petang dengan RxLite. Jika tidak, ambil RxLite 30 minit sebelum makan malam. Jangan lupa untuk mengambil 500 ml air kosong bersih selepas minum secawan RxLite!

Author:
Saturday, October 16th, 2010

ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.

Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.

Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.

Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.

Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).

Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.

Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.

“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak

Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.

Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.

Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.

Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.

Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.

Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.

Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.

“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.

“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.

“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.

Badan kehilangan air melalui:

Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)

Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)

Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)

Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari.

Sumber : Harian Metro

F3BBB781-719F-F73A-95CD-88B3C1BC97531.03.01

Author:
Friday, October 15th, 2010
Category: >> TOKSIN |  Leave a Comment

CARA MENGGUNAKAN FOOT DETOX PATCH:

Anda hanya perlu menampal koyok tersebut selama 4 hingga 8 jam semasa anda tidur untuk membuang toksin dan hasilnya koyok tersebut akan menjadi hitam kesan daripada pengeluaran toksin daripada badan. Adalah disyorkan untuk digunakan setiap hari.


1) Buka pelekat.

2) Lekatkan bahagian yang bertulis di pelekat.

3) Pastikan bahagian yang berherba mengadap telapak kaki anda.

4) Anda perlu memakai koyok ini 4 hingga 8 jam.


Kesan selepas penggunaan koyok kaki nyahtoksin


TANDA-TANDA SESEORANG ITU BANYAK TOKSIN :-

  • Kerap sakit kepala
  • Badan berasa letih tanpa sebab
  • Susah bangun tidur
  • Bahagian keliling mata gelap
  • Bahagian tertentu di permukaan kulit seperti bawah lengan, celah paha, dan sebagainya kelihatan gelap daripada warna kulit asal.
  • Banyak angin, alahan,inflamasi pada sendi
  • Sinus
  • Berat badan meningkat
  • Kehadiran selulit
  • Masalah jerawat DAN BANYAK LAGI


FAEDAH DAN MANFAAT MENGGUNAKAN FOOT DETOX PATCH :-

  • Membuang toksin dalam badan, air berlebihan dan mencegah bau kaki
  • Membuatkan badan menjadi lebih segar
  • Membuang angin di dalam badan
  • Mengurangkan alergi dan sakit sendi
  • Mengurangkan sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
  • Menormalkan tekanan dan aliran darah
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Melegakan sakit tumit dan tapak kaki
  • Mengurangkan sembelit. dan kembung perut.
  • Membantu masalah jerawat/resdung
  • Menurunkan berat badan
  • Mengatasi masalah sukar tidur
  • Mengurangkan sakit gout, sakit sendi, sengal


DISYORKAN
Guna 5 malam berterusan rehat 2 malam (ini bertujuan untuk mengumpul toksin yang tersumbat dalam badan kita) kemudian pakai semula selama 5 malam, rehat 2 malam dan seterusnya. Ini bermakna anda hanya perlu pakai 22 malam sahaja dalam sebulan dengan KOS YANG SANGAT MINIMA untuk MENYAH TOKSIN yang mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya pada badan kita.

Author:
Friday, October 15th, 2010

ANTARA MASALAH KESIHATAN YG AKAN TIMBUL AKIBAT PENGUMPULAN TOKSIN :

- Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah

- Sembelit atau cirit-birit yang kerap
- Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
- Kuku dan rambut yang rapuh
- Badan dan nafas berbau
- Sering sakit kepala,migrain

- Sakit leher , bahu , sendi dan otot
- Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
- Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
- Berat badan dan pembendungan air dalam badan (water retention)

- Masalah penghadaman , kesenakan dan kerap merasa loya

- Peningkatan tekanan darah
- Kurang tenaga syahwat

Author:
Tuesday, October 12th, 2010

Mengikut kepercayaan, mereka yang kurus memiliki metabolisma yang tinggi. Manakala mereka yang gemuk memiliki metabolisma rendah. Sebenarnya itu tidak benar seratus peratus. Metabolisma saja tidak menentukan berat badan anda. Berat badan bergantung pada keseimbangan kalori yang diambil dengan kalori yang dibakar.

Jika anda mengambil kalori lebih dari jumlah yang diperlukan tubuh, berat badan akan bertambah. Tetapi jika anda mengambil kurang daripada jumlah diperlukan, berat badan berkurangan. Metabolisma sebenarnya adalah enjin yang membakar kalori dan bertindak seakan penimbang yang menyeimbangkan keperluan tenaga anda. Dengan kata mudah, metabolisma adalah proses tubuh menukar makanan kepada tenaga. Ketika proses biokimikal ini, kalori dari karbohidrat, lemak dan protein bergabung dengan oksigen untuk membebaskan tenaga yang diperlukan bagi tubuh berfungsi.

Pertambahan berat badan pula, selalunya disebabkan ketidakseimbangan tenaga dan pengambilan kalori lebih dari keperluan. Bagi mengurangkan berat badan, anda perlu mencipta tenaga defisit dengan memakan makanan kurang kalori, memperbanyakkan senaman atau aktiviti fizikal atau kedua-duanya sekali.

Faktor Mempengaruhi Keperluan Kalori Anda

  • Saiz tubuh dan komposisinya

Untuk berfungsi secara betul, tubuh bersaiz besar memerlukan lebih tenaga (lebih kalori) berbanding mereka yang bersaiz kecil. Selain itu otot membakar lebih banyak kalori berbanding lemak. Jadi, semakin banyak otot yang anda miliki semakin tinggi kadar asas metabolik.

  • Usia

Semakin tua, jumlah otot semakin berkurangan dan lemak membentuk sebahagian daripada berat badan. Metabolisma juga perlahan secara semula jadi seiring usia. Ia mengurangkan keperluan kalori anda.

  • Jantina

Lelaki selalunya tidak banyak mempunyai lemak berbanding wanita. Mereka juga lebih banyak otot dibandingkan wanita seusia dan sama beratnya. Disebabkan itu lelaki memiliki lebih tinggi kadar asas metabolik dan membakar lebih banyak kalori berbanding wanita.

Tip Kurangkan Kalori

  • Kemampuan anda untuk mengubah asas metabolisma adalah terhad. Bagaimanapun dengan kekerapan bersenam dan melakukan aktiviti membina tisu otot, ia akan membakar lebih banyak kalori.
  • Senaman aerobik yang kerap seperti berjalan untuk 30 minit setiap hari adalah cara terbaik membakar kalori. Latihan seperti mengangkat berat juga penting kerana membantu mengurangkan kehilangan otot disebabkan penuaan. Ini kerana tisu otot membakar lebih banyak kalori, jisim otot adalah faktor utama kepada pengurangan berat badan. Walaupun senaman aerobik bagus untuk menurunkan berat badan, tetapi apa saja pergerakan sebenarnya boleh juga membantu membakar kalori.
  • Setiap hari luangkan beberapa ketika untuk berjalan kaki untuk beberapa minit. Aktiviti seperti berkebun, membasuh kereta, mengemas rumah juga membantu membakar kalori dan menyumbangkan kepada penurunan berat badan. Memilih menaiki tangga dan berjalan dari tempat letak kereta ke pejabat juga adalah cara mudah membakar kalori.
  • Jangan ambil makanan tambahan (supplement) untuk membantu membakar kalori. Biasanya produk yang mendakwa boleh mempercepatkan metabolisma ada kesan jangka panjang yang bahaya pada kesihatan.
  • Baca label setiap produk begini dengan berhati-hati dan dapatkan pendapat pakar jika anda memang mahu memilih produk sebegini

Sumber: Lydia

Author:
Monday, September 20th, 2010

 

Fungsi FDP JunGong secara umum bertindak menyahtoksin dari tubuh badan, melancarkan sistem pengaliran darah & secara langsung meningkatkan kecergasan & memulihkan sistem tubuh badan.

Kesan selepas menggunakan FDP Jun Gong ialah:-
• Mencegah sembelit.
• Memperbaiki sel kulit.
• Mencegah bau kaki.
• Pengaktifan sel/hormone.
• Melancarkan peredaran darah.
• Meningkatkan kualiti tidur.
• Menyeimbangkan organ-organ tubuh manusia supaya berfungsi dengan lebih baik.
• Mengurangkan masalah diabetes.
• Mengurangkan masalah jerawat dan resdung.
• Membantu buah pinggang dan sistem limpa menjalankan fungsi pembersihan toksik dari badan.
• Membantu penstabilan metabolisma.
• Mengurangkan ketegangan pada otot dan membuang air berlebihan dalam badan.
• Melangsingkan tubuh badan.
• Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi.
• Mengurangkan sakit gout dan sendi.

Cara menggunakan Foot Detox Patch
Anda hanya perlu menampal pelekat tersebut selama 5 hingga 8 jam semasa anda tidur untuk membuang toksin dan hasilnya FDP tersebut akan menjadi hitam, kesan daripada pengeluaran toksin daripada badan. Adalah disyorkan untuk digunakan 5 kali seminggu.

1) Buka pelekat.
2) Lekatkan bahagian yang bertulis di pelekat.
3) Pastikan bahagian yang berherba mengadap telapak kaki anda.
4) Anda perlu memakai pelekat ini 5 hingga 8 jam.

*Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 gelas air kosong sbelum menggunakan FDP JunGong
**Ibu mengandung, pesakit jantung dan kencing manis KRITIKAL adalah DILARANG sama sekali dari menggunakan FDP JunGong

Blog Widget by LinkWithin