Bila kita sebut nak langsingkan badan, perkara penting yang harus kita titik beratkan adalah pemakanan selain senaman. Diet yang sesuai boleh membantu anda mendapatkan bentuk badan yang anda inginkan. Ok, untuk kali ni saya nak kongsi antara 20 makanan yang boleh kita jadikan sahabat ketika proses melangsingkan badan.

Makanan untuk sarapan

Keju -Tahukah anda, keju amat baik dalam membantu anda berdiet kerana ia mengandungi sejenis protein iaitu whey protein yang bertindak untuk merembeskan hormon yang menjadi petunjuk kepada otak. Petunjuk yang simaksudkan adalah, KENYANG. Sebab itulah bila anda makan keju anda akan mudah MUAK…:)

Putih Telur – Asid amino dalam putih telur membina otot tubuh. Apabila proses ini berlaku, metabolisme anda juga akan meningkat.

Oat – Oat sangat bagus kerana ia tidak mengandungi sebarang gula tambahan di dalamnya. Mengamalkan oat juga boleh membantu melancarkan perjalanan darah.

Makanan untuk tengahari

Sayur & kacang – Ikan bakar dan sayur campur adalah menu terbaik untuk makan tengahari. Setengah cawan sayur atau kacang mengandungi 150 kcal kalori dan kaya dengan protien, serat dan anti oksidan.

Sushi – Anda penggemar sushi? Berita baik untuk anda, kerana sushi hanya mengandungi 30-40 kcal kalori sahaja. Tapi elakkan yang digorang atau yang diletak mayonis.

Yogurt bebas lemak – 1 sudu yogurt asli mengandungi 10 kcal kalori. Tambahkan yogurt ke dalam salad anda.

Limau nipis atau Lemon – Kedua-dua buah sitrus ini membantu badan anda membuang lemak yang ada dalam badan anda. Haruman sitrus ini akan membuat anda lebih segar untuk menikmati makanan diet anda. Tambahkan sedikit limau nipis atau lemon ke dalam dressing untuk salad anda.

Makanan untuk petang

Lobak Merah – Lobak merah kaya dengan serat dan rendah kalori. Kunyahlah lobak merah untuk menggantikan keropok pada waktu anda inginkan makanan petang. Mengamalkan lobak merah juga membantu sistem penghadaman anda.

Kerepek soya – Kerepek soya dijadikan dari biji soya yang telah dikeringkan dan dibakar. 1.3 auns kerepek soya mengandungi 140kcal kalori. Dalam satu hidangan kerepek soya, anda akan mendapat 9g protein.

Buah kering – Kaya dengan serat dan tidak mengandungi lemak tepu. Jadi ia baik untuk di amalkan. Tapi kalorinya agak tinggi, maka anda harus menghadkan pengambilannya setakat 1/4 cawan sahaja.

 Makanan untuk malam

Udang – Makan 3 auns udang bermakna anda mengambil 84 kcal kalori. Ia bersamaan dengan 2/3 kalori yang ada dalam daging ayam. Rebus udang dan campurkan dengan minyak zaiton, kacang pis, garam, dan lada sulah..pasti sedap!

Piza – Piza??Ya, piza yang dimasak sendiri. Banyakkan sayur sebagai topping dan taburkan keju secara terkawal. Sedap dan menyihatkan.

Tauhu – 3 auns tauhu bersamaan 50 kcal kalori. Jadikan tauhu sebagai ramuan utama dalam sup anda. Selain itu anda boleh membakarnya dan jadikan tauhu sumbat. Masukkan inti sayuran ke dalam tauhu anda dan makan bersama sos yang anda buat sendiri. Jimat dan menyihatkan!

Ayam panggang – Daging ayam termasuk ke dalam kategori daging putih. Anda boleh memanggangnya tanpa kulit atau memerap ayam anda dengan lada hitam atau herba. Elakkan sos barbeku dan lain-lain. Tindakan ini menghalang sebanyak 240 kcal dari memasuki badan anda..

Ubi kentang – Sebiji ubi kentang mengandungi kira-kira 115 kcal kalori. Nikmati ubi kentang yang dibakar atau dipanggang. Elakkan ubi kentang yang digorang.

Sos salsa – Sos salsa mengandungi tomato segar, cili, dan ia ditumis menggunakan minyak zaiton. Dua sudu sos salsa mengandungi 50 kcal kalori dan 5 g lemak lebih rendah berbanding sos krim biasa.

 

Blog Widget by LinkWithin
Show Buttons
Hide Buttons